Saturday, 26 February 2011

BEAUTIFUL LIFE ~

Pada suatu hari di sekolah ,seorang murid bertanya kepada guru nya .
ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai kasih sayang :D .


PELAJAR : *cikgu , mcm mana kita nak pilih seseorang yg terbaik sebagai orang yg paling kita sayang .
macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan ?
CIKGU : *ok , kamu ikot apa yg saya suruh . kamu pergi ke padang , kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput didepan kamu . pilih yg mana PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walau sekali . dah petik rumput yg paling cantik , bawa ke kelas .


Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas , tiada sehelai rumput pun ditangannya .cikgu tanya *kenapa tiada rumput yg dipilih .


PELAJAR : *tadi masa saya berjalan , saya carilah rumput yg paling cantik . memang ada banyak yg cantik tapi cikgu kata petik yg paling cantik , maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yg paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi . tapi sampai dipenghujung padang , saya tak jumpa pun yg paling cantik .mungkin diantara yg dibelakang saya tadi rumut yg paling cantik .tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula , jadi tiadalah rumput yg saya boleh petik .
CIKGU : *ya itulah jawapan nya . makna nya apabila kita telah berjumpa dgn seseorang yg kita sayang , janganlah kita mencari lagi yg lebih baik dari itu . kita patut hargai orang yg berada didepan kita sebaik2nya . jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yg berlaku tetap dah berlaku . semoga yg berlalu tidak berulang lagi . Dan ingatlah orang yg paling kita sayang itulah yg paling cantik  dan paling baik . walaupun nak ikutkan banyak lg yg cantik dan baik seperti rumput tadi .....

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Followers